Tanggal hitam 15 Mei 1948
Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.
Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.
Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).
Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.
Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.
Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.
Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.
Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteisu ini amat menarik untuk dibicarakan memandang situasi umat islam pada hari ini begitu menyeduhkan. umat islam asyik bertelagah sesama sendiri dengan isu-isu yang sebenarnya remeh-temeh tetapi dimainkan dengan penuh licik oleh golongan yang memusuhi islam khususnya orang yahudi manakala di pihak Pemimpin negara islam khususnya negara arab mereka terlalu leka dengan kekayaan yang melimpah ruah sehinggakan apa yang berlaku ke atas negara islam yang lain tidak langsung diberi perhatian misalnya kes pencerobohan amerika ke atas afghanistan dan Iraq yang menyebabkan jutaan nyawa melayang, apa yang dilakukan oleh pertubuhan negara islam(OIC) amat-amat mengecewakan malah yang lebih teruk lagi negara kuwait yang majoritinya umat islam membenarkan negara mereka digunakan sebagai markas tentera Amerika untuk menyerang Iraq. hal ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin negara islam pada hari ini hanya menjadi boneka kepada barat. segala perkara yang berlaku ini menjadi kerugian yang amat besar kepada umat islam dan langkah segera perlu dilakukan bersama.
ReplyDelete